Latar belakang Perang Schleswig Kedua

Gerakan yang dilakukan oleh Denmark ke atas wilayah majoriti Jerman di Holstein dan selatan Schleswig telah tercetusnya Perang Schleswig Pertama (1848–51), tetapi gerakan ini diteruskan pada tahun 1850an dan 1860an kerana Denmark ingin menyatukan Duci Scleswig ke dalam kerajaan Denmark the movement continued throughout the 1850s and 1860s. Selain itu juga, penyokong penyatuan Jerman menyatakan hasrat untuk memasukkan duci Scleswig dan Holstein yang diperintah oleh Denmark ke dalam 'Jerman'. Holstein sebahagian daripada Gabungan Jerman dan sebelum 1806, ia merupakan pegangan Jerman yang didiami oleh orang Jerman, Scleswig pula merupakan pegangan Denmark dan orang di sana menggunakan bahasa Denmark, Jerman dan Frisia Utara. Asalnya, Scleswig merupakan tanah air bagi puak Angles ketika zaman Viking. Denmark cuba untuk meluaskan pengaruhnya, namun ditolak oleh Empayar Suci Rom selepas beberapa perang menentang Denmark. Walau bagaimanapun, utara dan bahagian tengah Scleswig asalnya menggunakan bahasa Denmark. Pada zaman moden, sebahagian selatan menggunakan bahasa Jerman. Pada bahagian pantai barat Scleswig, penduduk menggunakan loghat Frisia Utara. Holstein pula sentiasa sebahagian Jerman.